Monday, February 8, 2010

6 Maut


kemalangan-jenazah-enam-beranak-yang Kemalangan: Jenazah Enam Beranak Yang Maut Di Kebumikan Dalam Satu Liang Lahat Di Tanah Perkuburan Islam Kg.Bukit Pegoh Malam Tadi !!
Jenazah enam sekeluarga yang rentung dalam satu kemalangan di Km 252, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Senawang, Negeri Sembilan pagi tadi, selamat dikebumikan malam ini. Mereka ialah Pengarah Urusan Fadhilat Herbs Sdn Bhd Suhaimi Ghazali, 41, isterinya Nor Fadilah Senin, 32, serta empat orang anak mereka, Nurul Natashahuda, 11, Mohd Daniel Iskandar, 10, Mohd Hanif Iman, 6, dan Adi Putra,2. Kesemua jenazah dikebumikan dalam satu liang lahat di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Pegoh, Pernu dekat sini, pada pukul 7.30 malam. Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi tadi, keenam-enam mangsa rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas dipercayai terbabas lalu melanggar belakang sebuah treler yang diletakkan di tepi lebuh raya itu. Mayat kesemua mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat sebelum dibawa dengan tiga buah van jenazah ke Kampung Bukit Pegoh. Kemalangan itu berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Melaka dari Ipoh, Perak, setelah selesai urusan perniagaan dan bercuti.

No comments:

Post a Comment